KATA HIKMAT
kata hikmat bahagia.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.
Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera
hidupnya.
Tahan menderita kepahitan hidup sehingga
penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.
Bahagia sekali orang-orang yang menahan
lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya
yang lebih.
Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan
dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang
penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan
mempelajarinya.
Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan
bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada
pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.
Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran.
(Bijron)
Berani kerana benar, takut kerana salah.
(pepatah Melayu).
Benar akan menang.
Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran
itu sendiri.
Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan
api. (peribahasa Tibet).
Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan
kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
Katakanlah yang benar dan adil,sebab benar
dan adil adalah satu. ( Hamka)
Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan
kesombongan.( Hamka)
Yang benar tidak terikat dengan waktu.
(Hamka).
Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran
adalah orang yang lemah.(Hamka).
Kalau kamu letakkan pedang yang terhunus di
leherku,sewaktu aku menyampaikan perintah Allah dan Rasulnya,aku akan terus
berbicara,sekalipun pedangmu itu aakan memutuskan leherku.(Abi Zar Al Gifary).
Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat
aniaya kepada hamba Allah,ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa
membalasnya.(Umar Al Khatab).
Kalau hendak orang lain menyimpan
rahsiamu,lebih dahulu simpanlah pada dirimu sendiri.
Kalau orang mengasihi anda ,dia kan membuat
anda meratap,tetapi jika orang membenci anda,dia akan membuat anda ketawa.
Kalau kita membenci orang,orang akan
membenci kita.
Kalau kurang pada rupa jangan kurang pada budi.
Kalau orang sakit memikirkan nyawanya,orang
sehat akan memikirkan uangnya.
Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang
indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan
dengan pengarangnya.
Memerhatikan keindahan alam itu menambah
harga diri.
Hasad dengki menghilangkan keindahan,baik
keindahan badan,keindahan jiwa ataupun keindahan akal.Bahkan keindahan wajah
pun mampu dihilangkannya.
Alangkah indahnya jika dunia dan agama
berkumpul menjadi satu dan alangkah buruknya jika kafir dan derhaka bergabung
dalam diri seseorang.
Letak keindahan bukan pada ejekannya,tetapi
pada cara dia mengejek.
Bacaan Al-Quran dengan lagu yang
indah,suara yang merdu ,menunjukkan dalam agama pun ada seni suara.
Allah amat ingin agar hambanya
memperlihatkan bekas nikmatnya atas dirinya.
Perhiasan timbul dari pada kerinduan
terhadap yang indah.Bunga yang mekar di atas meja,kursi yang bagus,semuanya
seiring dengan kemajuan otak dan jiwa.
Berhiaslah ketika ke masjid. Tandanya berhias itu dilarang bahkan
dianjurkan.Tetapi jangan berlebih-lebihan.
Seni adalah tiruan daripada keindahan dan
sumber keindahan ialah Allah yang dapat disaksikan bekasnya di dalam alam
ini,dipandang dan direnung oleh hati sanubari yang fana di dalam cinta dan baqa
lantaran makrifat.
Sesungguhnya Allah itu indah,suka akan
keindahan.
Perhiasan adalah barang indah.Orang tidak
boleh berhias dengan barang yang buruk.
Sikap yang kasar adalah lantaran jiwa yang
ksar,jiwa yang tidak mengenal keindahan.
Jika seseorang tidak dikuasai oleh perasaan
benci,setiap pakaian yang dipakainya kelihatan indah.
kata hikmat Islam.
kata hikmat Islam.
Maksud Islam ialah memperbaiki manusia,supaya baik hubungannya dengan Allah dan baik pula hubungannya dengan manusia.
Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat
atau negara.dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.
Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau
kepercayaan.Iman mesti diikuti dengan amal.Amal adalah buah daripada iman.
Perbedaan kepercayaan antara orang Islam dengan orang Kristian
kepada nabi Isa adalah tentang’Filsafat Ketuhananya dan tentang matinya kerana
disalib.
Agama Islam amat membenci orang-orang yang berambut kusut
masai,tidak licin bersisir,berjanggut kusut masai dan sebagainya.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Kata hikmat kejahatan.
Tiada satu kejahatan pun yang dapat dinilai sebagai baik,meskipun melakukan kejahatan itu dikatakan bertujuan baik.
Orang yang membenarkan kejahatan,beerti
sudah berbuat jahat.
Hendaklah kamu hentikan kejahatan yang kamu
lakukan ke atas orang lain dan hendaklah kamu memaaf dan melupakan kejahatan
orang lain terhadap dirimu.
Melakukan kejahatan kepada orang lain bukan
sahaja merosak dan menganiayai mereka bahkan turut merosakkan diri sendiri.
Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang
suka mencari kesalahan dan kecelaan orang sebagaimana lalat mencari bangkai
dari tempat-tempat yang busuk.
Menolong orang melakukan kejahatan sama
seperti kata peribahasa ‘melepaskan anjing yang tersepit.’
Sesiapa yang berjalan di tempat kejahatan
pasti ditohmah atau difitnah.
Manusia yang hanya besar perut,banyak
tidur,pemalas dan kurang keyakinan diri juga merupakan manusia yang bersifat
jahat.
Orang yang membinasakan orang lain untuk
kepentingan dan faedah diri sendiri telah melakukan kejahatan yang amat keji.
Iman yang teguh menghalang manusia
melakukan kejahatan.
Kata hikmat jangan.
Kata hikmat jangan.
Jangan sekali-kali berputus-asa,tetapi jika
anda berputus-asa teruslah bekerja dalam keadaan itu.
”Jangan membuang waktu barang seminit pun untuk memikirkan orang-orang yang tidak kita sukai”.
Jangan bertengkar dengan orang yang kurang akal, nanti ia akan menyakitkan kamu dan jangan bertengkar dengan orang yang penyantun,nanti dia
benci padamu.
Kata hikmat Cita-cita
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.
Orang yang bercita-cita dab berazam
besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan
rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.
Dalam dasar suatau cita-cita mulia,
kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.
Bila dasar suatu cita-cita
bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Orang yang mudah bersedih hati akan sukar
mencapai apa yang dicita-citanya.
Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan
tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang
luas dan tinggi.
Jangan engkau kecilkan cita-cita
engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak
langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang
kecil.
Orang yang mempunyai cita-cita selalu
memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.
Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan
sesuatu yang lebih sempurna.
Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu
datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga
darah.
Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita
tapi angan-angan.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Kata hikmat sahabat.
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar
keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil
teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik
daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang
menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya
kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan
menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam
bencana selain kerana berteman dengan oranag yang akau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai sahabat
bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan
engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala
bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paliang lemah ialah oarang
yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang
menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Brang siapa mengkehendaki daripada
sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat
zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang
dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang
siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat
keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang
dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan
kata-katanmu.
Teama-teman kita kasihi daripada keluarga
dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan
teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau
kesusahan kamu.
Kekayaan menarik
sahabat-sahbatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
“Sahabatmu
pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok”.
”Sahabat
yang Bebal lebih
merbahaya daripada seteru yang berakal”
Sahabat yang celaka itu sentaiasa melalaikan
kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada
sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat
berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak
terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu
berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih
ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di
situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu
daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua
keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat ,hendaklah
diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah
tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa
akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi
tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang
fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya
petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat
dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai
memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan
tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan
takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat
bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
Kata hikmat senyum dan tawa.
Senyuman adalah ibarat perhaisan batin, yang membantu menindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.
Denagn senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahata
kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.
Senyumlah,supaya alam turut tersenyum
kepada anda.
Teranglah bahawa senyuman doktor ialah
malaikat rahmat yang turun ke bumi.
Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang
sempurna kembang.
Jangan tertawa melihat orang jatuh,kerana
jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah
kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.
Bicaranya ...ialah senyum.
Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari
hujan. Dibawanya
gelak pipinya,dirsakan hari panas.
Jangan engkau tertawa di tempat yang idak
menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang
yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang
lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta
orang lain ialah yang engkau tinggalkan.
Berapakah harga ketawa yang diakhiri denagn
ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan
senyum-simpul.
Kata hikmat Takut
Kalau takut dilambung ombak,jangan berubah di tepi pantai.
Si pengecut berpendapat bahawa pengecut itu
adalah satu perhitungan yang tepat.Itu adalah perangai nafsu yang hina.
Ketakutan adalah penyakit yang sangat
melekukan jiwa dalam hidup.
Rasa takut adalah naluri manusia yang wujud
dari keinginan memelihara hidup.Apbila telah masuk ke dalam naluri ia tidak
dihapuskan lagi.
Rasa takut timbul kerana menghadapi suatu
bahaya.Dukacita timbul kerana mengenangkan seseutu maksud yang tidak tercapai
atau kehilangan sesuatu yang paling berharga.Yang palaing ditakuti ialah maut.
Orang yang takut menghadapi risiko adalah
orang yang mengalah sebelum mencuba kemampuannya,menyerah sebelum berjuang.
Orang penakut mengatakan bahawa pengecut
itu adalah suatu siasat.,demikianlah tabiat dan jiwa yang rendah.
Jubun ialah orang yang sudah yakin bahawa dia
berada di pihak yang benar.Tetapi takut menyebut kebenaran itu.Tidak mempunyai
keberanian moral,sehingga menderita menerima penghinaan dan kehinaan.
Perasaan takut timbul sehingga bertemu
dengan hati tenteram,lebih baik daripada tenteram yang kemudiannya menimbulkan
takut.
Si penakut akan terbunuh denagn
ketakutannya terlebih dahulu daripada terbunuh dengan pedang.
Musibah yang harus ditakuti oleh manusia di
dunia boleh diringkaskan menjadi lima.Pertama,sakit ketika mengembara,miskin
ketiak tua,maut pada usia muda,buta setelah melihat,dilupakan orang yang
disanjungi.
kata hikmat usaha dan kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
kata hikmat usaha dan kerja.
Orang yang tidak bekerja untuk dirinya sendiri atau untuk orang lain,tidak mendapat rahmat daripada Allah.
Seorang yang memikul kayu di belakangnya untuk dijual lebih baik
daripada meminta-minta yang belum tentu orang hendak memberikannya.
Sesunguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang
usahaku.
Janganlah kamu hanya berdoa"Ya Allah,Ya
Tuhanku!Anugerahilah hambamu rezeki!Sesungguhnya kamu harus mengerti bahawa
langit itu tidak menurunkan hujan emas dan perak.
Pekerjaan seorang lelaki lebih memberi bekas kepada seribu orang
lelaki daripada perkataan seribu lelaki kepada seorang lelaki.
Perusahaan yang rendah melata,lebih mulia daripada
meminta-minta.
Penderitaan,kesusaha,kesengsaraan,kegagalan dan kekecewaan
,sekali-kali tidak boleh menghalang manusia berusaha.
Berusahalah di dunia seakan-akan engakau akan hidup
selam-lamanya,berusahalah untuk akhirat seakan-akan engakau akan mati esoknya.
Memperolehi sesuatu dengan usaha sendiri adalah lebih baik dan
lebih aku sukai daripada meminta-minta.
Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang
dengan tangannya sendiri.(Hadis)
Segala amal dan usaha di dalam hidup kita
adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Didalam batin terletak pertimbangan
di anrata buruk dan baik,cantik atau jelik.
Berusaha dalam hidup itu diwajibkan oleh
agama.
Allah sangat menyukai orang-orang Mukmin
yang mempunyai pekerjaan.(hadis).
Marilah kita bekerja,beramal dan membangun
negara dengan besar hati dengan wajah yang gembira dan muka berseri.Kita mulai
usaha kita dengan sekadar tenaga yang kita miliki.Dan jangan bernita supaya
beres dan selesai di tangan kita juga atau pada aman kita juga.(Hamka)
Selagi kita bernyawa,kita mestilah bekerja
menabur bakti untuk bangsa dan negara.Itulah hasan yang sebenar.(Ibu zain)
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
kata hikmat Masa
Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.
Orang yang tidak tahu menggunakan masa itu
sama seperti orang yang sudah mati.
Masa itu umpama pedang.Jika kamu tidak
menggunakannya,ia akan memancung kamu.
Masa yang lepas itu sesungguhnya telah
meninggalkan kamu,tetapi masa akan datang sentiasa melawat kamuApbila kamu
hitungkan apa yang sudah berlalu,birakanlah,maka wajib atas kamu meghitungkan
pula masa yang di hadapan itu pelawat bagi kemajuan dan kebahgiaan.
Bertannguh itu pencuri masa(peribahasa
Arab)
Masa itu umpama air pasang surut,tiada
siapa yang dapat menahannya.
Masa dihargai,janji ditepati.(pepatah
Melayu).
Satu hari bagi orang berilmu lebih baik
daripada setahun orang dungu.(Hadis)
Susah payah tidak memperlihatkan apa yang
perlu,mengahbiskan masa yang tidak perlu.
kata hikmat harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
kata hikmat harta.
Kegunaan harta tidak dimungkiri.Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.(Hamka)
Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai.
Jauhilah tuuh kebinasaan iaitu syirik,sihir,bunuh diri,makan riba,makan
harta anak yatim,berpaling dari medan perang dan memfitnah wanita mukmin.
Harta benda itu menjadi fitnah kepada
manusia.
Keinginan kepada harta tidak
terbatas,padahal hidup sendiri terbatas.Kalau manusia tidak membataskan
seleranya sampai matinya dia tidak merasa puas apa yang ada.(Hamka)
Hidup mewah merosak jiwa dan
bangsa.Kemewahan menjadi bibit yang memundurkan jiwa.ukuran mewah atau belum
mewah adalah ukuran kesihatan jiwa masyarakat berfikir.(Hamka).
Bakhil membawa celaka dan boros membawa
sesal,bersikap dermawan sanagat dianjurkan,tetapi bersikap dermawan tanpa
perhitungan adalah kawan syaitan.
Jangan dibawa pendapat kepada yang
lurus.Peliharakan semuanya itu dengan sungguh-sungguh.
Kekayaan harta benda,pangkat atau kedudukan
tinggi tidak dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur.
Orang yang berhemat mengatur hartanya.Orang
yang bakhil diatur oleh hartanya.
Hatra benda yang baik untuk orang yang
baik.
Antara gejala hawa nafsu manusia ialah
sekali kemewahan itu mempengaruhi diri,orang yang berlaku curang.
Engkau dan harta bendamu adalah milik
ayahmu.
Tiap-tiap harta yang didapati dengan jalan
yang tidak benar amat panas dalam tangan,menyebabkan diri menjadi gelisah dan
menghilangkan ketenteraman.
Tamak haloba akan harta benda menyebabkan
orang mengumpulkannya untuk kekayaan diri dan golongan tertentu.Adakalanya
untuk kemegahan atau kekuasaan walaupun dengan menghisap darah dan menindas
orang yang lemah.
Ada 2 tabiat yang tumbuh dalam manusia
kerana memiliki harta.Pertama tamak dan haloba,kedua bakhil.
Harta benda amat perlu.Insan muslim
hendaklah kaya supaya dapat membayar zakat dan naik haji.Sedang zakat dan haji
adalah dua daripada lima rukun Islam.
Harta yang diberikan Allah bukan
semata-mata berupa benda.Fikiran yang cerdas,akal yang lanjut,ilmu pengetahuan
yang banyak dan sebagainya adalah rezeki pemberian Allah.
Kekayaan ialah nikmat Allah.seharusnya
kekayaan itu kita kita belanjakan menurut jalan yang digariskan Allah.
Bertambah tinggi darjat iman,bertambahlah
manusia tidak memandang mahal hartanya lagi.Yang mahal baginya ialah hubungan
silaturrahim sesama manusia dan ibadat kepada Tuhan.
Kekayaan yang paling tinggi yang diberikan
oleh Allah kepada hambanya ialah kekayaan nikmat.
Lebih baik menerima nama baik daripada
harta (Pujangga).
Kekayaan yang istimewa dan utama dalam
kehidupan ini ialah banyaknya hubungan antara diri dengan masyarakat dan banyak
mendapat pertemuan umum.
Harta benda akan menjadi sengketa kalau
rahmat Allah tertahan.harta yang sedikit boleh menjadi rahmat kalau pandai
menggunakannya.
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik
bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa
ialah berdusta.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar