Pengertian Tumbuh Dan Berkembang (Pertumbuhan &
Perkembangan)
Tumbuh dan berkembang
adalah salah satu dari sekian ciri-ciri organisme yang ada. Pertumbuhan selalu
berhubungan erat dengan perkembangan organisme.
1. Tumbuh
Tumbuh merupakan perubahan
ukuran organisme karena bertambahnya sel-sel dalam setiap tubuh organisme yang
tidak bisa diukur oleh alat ukur atau bersifat kuantitatif. Atau secara
bahasanya perubahan ukuran organisme dari kecil menjadi besar.
Contohnya :
Batang tumbuhan yang
tadinya 2 cm menjadi 5 cm
Bayi yang beratnya 5 kg
berubah menjadi 6,5 kg
Berat tubuh kucing yang
tadinya 4 kg menjadi 6 kg
Ketika kita akan mengukur
pertumbuhan tumbuhan ada sebuah alat ukur khusus yang dinamakan auksanometer.
2. Berkembang
Berkembang merupakan salah
satu perubahan organisme ke arah kedewasaan dan biasanya tidak bisa diukur oleh
alat ukur atau bersifat kualitatif.
Contoh :
Pematangan sel ovum dan
sperma
Pematangan hormon-hormon
dalam tubuh
Fase-Fase Perkembangan Manusia
Tahap tahap perkembangan
manusia memiliki fase yang cukup panjang. Untuk tujuan pengorganisasian dan
pemahaman, kita umumnya menggambarkan perkembangan dalam pengertian periode
atau fase perkembangan.
Klasifikasi periode
perkembangan yang paling luas digunakan meliputi urutan sebagai berikut:
Periode pra kelahiran, masa bayi, masa awal anak anak, masa pertengahan dan
akhir anak anak, masa remaja, masa awal dewasa, masa pertengahan dewasa dan
masa akhir dewasa.
Perkiraan rata rata
rentang usia menurut periode berikut ini memberi suatu gagasan umum kapan suatu
periode mulai dan berakhir. Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai
pada setiap periode tahap tahap perkembangan manusia:
Periode prakelahiran
(prenatal period) ialah saat dari pembuahan hingga kelahiran. Periode ini
merupakan masa pertumbuhan yang luar biasa dari satu sel tunggal hingga menjadi
organisme yang sempurna dengan kemampuan otak dan perilaku, yang dihasilkan
kira kira dalam periode 9 bulan.
Masa bayi (infacy)
ialah periode perkembangan yang merentang dari kelahiran hingga 18 atau 24
bulan. Masa bayi adalah masa yang sangat bergantung pada orang dewasa. Banyak
kegiatan psikologis yang terjadi hanya sebagai permulaan seperti bahasa,
pemikiran simbolis, koordinasi sensorimotor, dan belajar sosial.
Masa awal anak anak (early
chidhood) yaitu periode pekembangan yang merentang dari
masa bayi hingga usia lima atau enam tahun, periode ini biasanya disebut dengan
periode prasekolah. Selama masa ini, anak anak kecil belajar semakin mandiri
dan menjaga diri mereka sendiri, mengembangkan keterampilan kesiapan bersekolah
(mengikuti perintah, mengidentifikasi huruf), dan meluangkan waktu berjam jam
untuk bermain dengan teman teman sebaya. Jika telah memasuki kelas satu sekolah
dasar, maka secara umum mengakhiri masa awal anak anak.
Masa pertengahan dan akhir
anak anak (middle and late childhood) ialah
periode perkembangan yang merentang dari usia kira kira enam hingga sebelas
tahun, yang kira kira setara dengan tahun tahun sekolah dasar, periode ini
biasanya disebut dengan tahun tahun sekolah dasar. Keterampilan keterampilan
fundamental seperti membaca, menulis, dan berhitung telah dikuasai. Anak secara
formal berhubungan dengan dunia yang lebih luas dan kebudayaan. Prestasi
menjadi tema yang lebih sentral dari dunia anak dan pengendalian diri mulai
meningkat.
Masa remaja (adolescence)
ialah suatu periode transisi dari masa awal anak anak hingga masa awal dewasa,
yang dimasuki pada usia kira kira 10 hingga 12 tahun dan berakhir pada usia 18
tahun hingga 22 tahun. Masa remaja bermula pada perubahan fisik yang cepat,
pertambahan berat dan tinggi badan yang dramatis, perubahan bentuk tubuh, dan
perkembangan karakteristik seksual seperti pembesaran buah dada, perkembangan
pinggang dan kumis, dan dalamnya suara. Pada perkembangan ini, pencapaian
kemandirian dan identitas sangat menonjol (pemikiran semakin logis, abstrak,
dan idealistis) dan semakin banyak menghabiskan waktu di luar keluarga.
Masa awal dewasa (early
adulthood) ialah periode perkembangan yang bermula pada
akhir usia belasan tahun atau awal usia duapuluhan tahun dan yang berakhir pada
usia tugapuluhan tahun. Ini adalah masa pembentukan kemandirian pribadi dan
ekonomi, masa perkembangan karir, dan bagi banyak orang, masa pemilihan
pasangan, belajar hidup dengan seseorang secara akrab, memulai keluarga, dan
mengasuh anak anak.
Masa pertengahan dewasa
(middle adulthood) ialah periode perkembangan yang
bermula pada usia kira kira 35 hingga 45 tahun dan merentang hingga usia
enampuluhan tahun. Ini adalah masa untuk memperluas keterlibatan dan tanggung
jawab pribadi dan sosial seperti membantu generasi berikutnya menjadi individu
yang berkompeten, dewasa dan mencapai serta mempertahankan kepuasan dalam
berkarir.
Masa akhir dewasa (late
adulthood) ialah periode perkembangan yang bermula pada
usia enampuluhan atau tujuh puluh tahun dan berakhir pada kematian. Ini adalah
masa penyesuaian diri atas berkurangnya kekuatan dan kesehatan, menatap kembali
kehidupannya, pensiun, dan penyesuaian diri dengan peran peran sosial baru.
Dewasa Pertengahan
Perbezaan Perspektif
(merangkumi penerimaan, pandangan dan gaya hidup) Individu Lingkungan Dewasa
Pertengahan di Barat dan di Malaysia Secara Rambang.
Secara rambang,
diperhatikan berdasarkan kajian lepas di barat dan juga pemerhatian kami
terhadap individu dewasa pertengahan di Malaysia, terdapat perbezaan berkenaan
penerimaan dan cara hidup yang diamalkan. Perbezaan tersebut tidaklah begitu
ketara memandangkan setiap individu di dunia ini mengalami tempoh hayat yang
lebih kurang sama dan juga sudah menjadi fitrah manusia dijadikan sedemikian
rupa untuk melalui peringkat-peringkat atau pola-pola tertentu di dalam
kehidupan. Perbezaan yang dapat dinyatakan di sini adalah berdasarkan budaya
(culture), corak pemakanan, gaya hidup (life style), latar belakang kerjaya dan
pendidikan, serta amalan kepercayaan atau agama (belief).
Tempoh dewasa pertengahan
adalah tempoh transisi iaitu tempoh seseorang individu itu mengalami perubahan
dari muda kepada tua. Perubahan pola hidup ini sememangnya memberi implikasi
yang besar kepada setiap diri individu yang mengalaminya. Walaubagaimanapun,
penerimaan setiap individu adalah berbeza samada menerima pola hidup baru
tersebut dengan tenang atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan dewasa
pertengahan, peringkat ini merupakan peringkat seseorang individu itu mencapai
kemuncak dalam kerjaya, dan penurunan dalam hubungan intim atau hubungan
sosial. Terdapat pelbagai cara bagi individu dewasa pertengahan melalui tempoh
masa ini, samada menerima dengan terbuka atau menafikannya. Penafian terhadap
usia ini jelas melalui cara atau gaya hidup seseorang. Penafian dilakukan
dengan menjalani kehidupan seperti orang muda dengan mengenakan pakaian yang
'funky' dan ‘trendy’, mencari pasangan muda, mendapatkan produk-produk
kesihatan dan juga mendapatkan rawatan kecantikan. Keadaan tersebut berlaku di
Malaysia dan juga di barat, namun dapat diperhatikan ada perbezaan ekoran
budaya, pendidikan dan juga kepercayaan.
Diperhatikan bahawa,
penerimaan terhadap pola kehidupan dewasa pertengahan adalah berbeza-beza. Bagi
individu yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi, isu utama yang menjadi
konflik dalam diri mereka adalah prestij dan keterampilan fizikal serta
keupayaan kognitif mereka. Walaupun, tempoh ini merupakan tempoh kemuncak bagi
mereka dalam kerjaya, namun telah berlaku pengesotan keupayaan mereka dalam
reproduksi dan daya kognitif. Kekuatan fizikal juga telah berkurangan. Keadaan
ini menimbulkan konflik dalam diri mereka bahawa mereka sudah tua dan kurang
menarik. Bagi menafikan kekurangan tersebut, mereka akan mencari pasangan yang
lebih muda bagi memperbaiki ‘harga diri’ mereka. Sebagai kesan, ia akan
menimbulkana kembali semangat dan prestij sebagai seseorang individu yang
‘berguna’, berperanan dan bahawa mereka masih lagi mampu menarik perhatian
orang lain (jantina yang berbeza). Di Malaysia diperhatikan, terdapat ramai
individu lelaki dewasa pertengahan yang berjaya dan berkedudukan tinggi mencari
dan mengahwini pasangan yang lebih muda walaupun mereka sudah berumahtangga dan
mempunyai anak. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada kecurangan, perceraian
atau poligami (Islam).
Di barat pula, tidak
berlaku poligami kerana agama mereka tidak mengizinkan, tetapi dapat
diperhatikan bahawa individu dewasa pertengahan di barat juga mengalami konflik
yang sama. Di sana juga berlaku kecurangan dan perceraian namun masih terdapat
perbezaan yang ketara berbanding di Malaysia. Perbezaan ketara yang berlaku
dalam konteks penerimaan pola hidup dewasa pertengahan ialah mereka bebas
melakukan hubungan sulit atau seks bebas bagi mengekalkan prestij mereka
sebagai seorang lelaki atau wanita matang. Kecurangan dalam hubungan suami
isteri di barat adalah jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia. Budaya mereka
amatlah bertentangan dengan budaya di Malaysia ekoran latar belakang agama dan
amalan cara hidup mereka yang bebas serta corak hidup bermasyarakat yang lebih
individualistik. Berdasarkan bilangan kes HIV dan AIDS serta penyakit kelamin,
masyarakat barat lebih mendominasinya. Hubungan sosial yang terlalu terbuka dan
tiada batasan menyebabkan budaya barat semakin terpesong daripada norma murni
dan akhlak yang mulia. Oleh itu jelaslah penerimaan di barat dan di Malaysia
mempunyai perbezaan.
Disamping itu, terdapat
juga individu dewasa pertengahan yang menafikan perubahan fizikal mereka
melalui pakaian dan cara hidup mereka. Penafian yang dilakukan adalah bertujuan
mengekalkan prestij, penerimaan masyarakat dan juga kepuasan bekerja. Sebagai
contoh, para artis yang sudah meningkat umur, masih kekal berpakaian seperti
orang muda dan bertingkah laku agresif. Mereka mahu kelihatan muda dan segar di
khalayak ramai. Mereka mengenepikan keupayaan sebenar mereka semata- mata untuk
menonjolkan bahawa mereka masih lagi mampu menghiburkan orang lain.
Di barat pula, keadaan
mereka hampir sama dengan keadaan di Malaysia. Sebagai contoh kehidupan para
artis yang sedang menuju tua ini, sentiasa mahu memuaskan hati orang lain,
sanggup melakukan apa sahaja agar kelihatan muda, cantik dan menarik. Di barat,
mereka sanggup melakukan tindakan ekstrem seperti melakukan pembedahan plastik
untuk merubah rupa paras mereka. Sebagai contoh, seorang artis kulit hitam,
Micheal Jackson yang menukar keseluruhan rupa fizikalnya untuk mendapat tempat
di hati peminat dan masyarakat. Selain itu, terdapat juga individu yang cuba
menjadi cantik sehingga mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka. Sebagai
contoh kerana terlalu ingin menjaga badan, mereka sanggup memuntahkan makanan
yang dimakan. Ia dilakukan untuk mengekalkan bentuk badan yang difikirkan
cantik, iaitu mempunyai saiz 00. Ia merupakan sejenis penyakit yang dikenali
sebagai, Aneroxia Nervosa yang boleh membawa maut. Disamping itu, ramai di
antara mereka yang melakukan pelbagai pembedahan implan, mengubah bentuk asal
tubuh badan mereka dan sebagainya ekoran tidak dapat menerima hakikat bahawa
diri mereka sudah tua dan tidak menarik lagi.
Selain itu, jika dilihat
di negara kita kini, terdapat pelbagai minuman kesihatan dihasilkan dan
menjadikan golongan dewasa pertengahan sebagai kumpulan sasaran utama. Minuman
kesihatan tersebut dipasarkan dengan banyaknya dalam pelbagai jenama tetapi
mempunyai tujuan yang sama iaitu berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan dan
keupayaan batin lelaki mahupun wanita. Lambakan produk tersebut membuatkan
sesetengah golongan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Khasiat yang
dipercayai memberi kesan terhadap hubungan intim suami isteri memberi kelebihan
kepada individu dewasa pertengahan mengatasi masalah reproduksi. Namun, sejauh
manakah keberkesanannya? Walaubaimanapun, inilah fenomena yang berlaku kini di kalangan
dewasa pertengahan yang cuba menafikan perubahan keupayaan fisiologi mereka.
Manakala di Barat pula,
lambakan produk-produk makanan kesihatan seperti pil-pil penjagaan badan (pil
diet), pil penambah kekuatan batin (viagra), vitamin tambahan (supplements) dan
sebagainya dapat mempengaruhi sesetengah individu untuk mencubanya. Di Barat,
mereka akan melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik dan menarik walaupun
sudah lanjut usia. Masalah kegemukan atau obesiti yang cenderung menyerang
golongan dewasa pertengahan memungkinkan mereka mencuba pelbagai produk
kesihatan yang dipercayai dapat menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan
yang muda dan menarik. Terdapat pelbagai jenama produk menguruskan badan
dihasilkan. Keadaaan ini juga berlaku di Malaysia. Walaubagaimanapun, keadaan
di barat agak berbeza dan jauh lebih menonjol. Berdasarkan iklan-iklan dan
barangan sedemikian, jelas mereka beria-ia dalam mengatasi masalah kegemukan.
Mereka menggunakan pengaruh iklan secara besar-besaran bagi mendapatkan
keyakinan pengguna terhadap keberkesanan barangan mereka. Mereka juga
mengadakan rancanagan jualan produk secara langsung melalui televisyen bagi
mengukuhkan lagi kepercayaan para penonton di rumah. Selain itu, mereka
menggunakan stretegi testimoni pengguna bagi membuktikan kepada pelanggan lain
bahawa produk mereka amat berkesan. Disamping produk makanan kesihatan, mereka
banyak menghasilkan alat-alat bantu senaman yang memaparkan bagaimana para
pengguna dapat menurunkan berat badan mereka dalam tempoh masa yang singkat.
Mereka menggunakan para ahli bina badan dan model-model yang sudah sedia maklum
mempunyai bentuk tubuh badan yang menarik untuk mengabui mata para pengguna.
Produk-produk tersebut dilihat amat popular di barat walaupun harga yang
ditawarkan agak tinggi. Bagi golongan dewasa pertengahan yang sudah mempunyai
kedudukan kewangan yang stabil, ia tidak menjadi masalah bagi mereka untuk
mendapatkan produk tersebut. Di barat, kesihatan dan rupa paras serta bentuk
badan yang menarik adalah menjadi satu perkara yang penting dan
diagung-agungkan dalam masyarakat mereka. Keadaan inilah yang membezakan antara
Malaysia dan barat.
Kemudian, dilihat juga
kini terdapat pelbagai barangan kosmetik dan produk kecantikan dihasilkan bagi
membantu memulihkan atau mengurangkan masalah penuaan dan kedutan pada kulit.
Pelbagai barangan kecantikan daripada set penjagaan wajah hinggalah kepada set
penjagaan dalaman wanita dihasilkan dan diimport dari luar negara seperti
Indonesia. Menjadi ‘trend’ terkini, produk-produk kecantikan yang berada di
pasaran Malaysia menggunkan bahan-bahan semulajadi seperti gamat, akar-akar
kayu, herba dan sebagainya dalam produk mereka bagi menarik perhatian pembeli.
Khasiatnya dipercayai mampu mengembalikan keremajaan dan mengurangkan tanda-tanda
lanjut usia. Barangan seperti ini sudah pasti dapat menarik minat golongan
wanita dewasa pertengahan untuk mencubanya bagi menafikan perubahan fizikal dan
keupayaan reproduksi mereka yang semakin berkurangan.
Manakala di barat pula,
mereka juga menggunakan pelbagai produk kosmetik kecantikan bagi mengatasi
masalah penuaan. Walaubagaimanapun, diperhatikan mereka menggunakan barangan
yang berasaskan bahan kimia dan teknologi moden yang dipercayai lebih baik dan
dapat memberi kesan yang lebih cepat. Produk yang berasaskan bahan kimia
diketahui mampu mendatangkan kesan sampingan seperti kanser kulit. Namun, ia
tidak menjadi satu persoalan kerana bagi mereka kecantikan adalah lebih utama.
Disamping itu, di barat juga, mereka menghasilkan pelbagai serum yang dapat
memulihkan kedutan dan menegangkan struktur kulit. Antara serum yang popular
digunakan adalah Botox. Botox yang diambil melalui suntikan dipercayai lebih
mujarab dan lebih cepat memberi kesan. Walaubagaimanapun, pengguna harus
menanggung kesakitan semasa menerima rawatan dan juga risiko pada masa akan
datang seperti penyakit kulit dan kedutan yang berpanjangan akibat perubahan
imunisasi tubuh badan. Pengaruh dalam penggunaan produk sedemikian dilihat
telah mempengaruhi segelintir individu di Malaysia. Sejauh mana keberkesanannya
haruslah dipertimbangkan dengan risiko yang bakal dihadapi kerana adalah tidak
berbaloi jika mereka mendapatkan rawatan sedemikian , dengan harga yang mahal,
kemudian mendapat pelbagai kesan sampingan. Di sini, sekali lagi dilihat bahawa
barat agak ekstrem dan bersungguh-sungguh dalam mengatasi masalah penuaan dan
cuba melebarkan pengaruh penggunaan produk mereka ke negara luar secara
besar-besaran.
Penafian-penafian yang
berlaku adalah berikutan perasaan dan konflik dalaman diri individu yang tidak
dapat menerima keadaan atau perubahan terhadap diri mereka. Antara punca yang
menyebabkan mereka hilang motivasi adalah kerana kurangnya self-esteem dalam
diri mereka. Sebagai contoh, seorang wanita yang semakin kehilangan peranan sebagai
seorang ibu dalam keluarga kerana anak-anak sudah berkahwin, belajar dan
sebagainya, merasakan bahawa diri mereka tidak berguna lagi. Ditambah pula
dengan pengesotan keupayaan reproduksi, pasti akan merasa kehilangan, tidak
menarik dan didatangi kesunyian. Keadaan ini merupakan konflik dalaman yang
mampu membawa kepada masalah kemurungan. Oleh itu, sebagai individu yang
matang, seharusnya, mereka dapat menerima keadaan mereka dengan baik dan
tenang. Mereka boleh mengalihkan pandangan negatif terhadap diri sendiri dengan
melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mengelakkan daripada perasaan kesunyian.
Sebagai seorang wanita 40-an tidak akan merasa kehilangan peranan utamanya
apabila mereka mempertahankan self-esteem mereka dengan melakukan kegiatan yang
menimbulkan perasaan bahawa mereka masih lagi berguna.. Kedudukan peranan
sosial wanita pertengahan adalah sama pentingnya dengan kedudukan peranan
sosial wanita di bawah 40-an. Justeru, ada kecenderungan sosial budaya bahawa
wanita dewasa pertengahan akan menjadi semakin socially established atau lebih
matang sehingga mampu memberikan lebih banyak sumbangan seumpamanya sebagai
seorang guru (teacher) daripada pelajar (learner) dalam proses sosialisasi dan
inkulturasi. (Dr. Kartono Mohamad & rakan: 1983). Namun wujud persoalan,
adakah mereka akan memanfaatkan kelebihan tersebut dengan sebaik mungkin atau
tidak?
Seseorang individu yang
mempunyai self-esteem yang tinggi, mereka lebih bersedia menghadapi tempoh masa
ini. Sebagai seorang wanita mahupun lelaki yang mempunyai pegangan agama dan
pendidikan yang baik, mereka lebih tenang menghadapi perubahan pola hidup yang
baru walaupun mereka mengalami kesan yang agak besar di dalam kehidupan.
Sebagai contoh, seorang suri rumah yang mempunyai kekuatan dan pegangan agama
yang kuat, dapat menjalani kehidupan hari tua dengan tenang. Masa yang terluang
diisi dengan menghadiri kelas-kelas fardhu ain (bagi umat Islam), menggunakan
masa untuk beriadah bersama suami seperti melancong, membaca, bercucuk tanam
dan banyak lagi aktiviti berfaedah, daripada mengenangkan dan memikirkan
perubahan pada diri. Walaupun ketika ini, peranan mereka sebagai seorang ibu
atau bapa sudah berkurangan, namun ia tidak akan menjadi masalah jika mereka
menjadi seorang yang tabah dan bersikap terbuka. Dalam tempoh masa ini, mereka
lebih bersedia menerima kehadiran orang baru atau cucu kerana peranan sebagai
seorang ibu atau ayah yang dirasakan telah hilang akan dapat dirasakan atau
dinikmati kembali. Keadaan ini akan menjadikan hidup mereka semakin lengkap dan
bahagia.
Perbezaan penerimaan pola
baru ini antara barat dan Malaysia tidaklah begitu jauh berbeza walaupun
terdapat cara-cara drastik yang begitu menonjol dan ekstrem di barat berbanding
di Malaysia hingga mengenepikan soal-soal norma dan ketentuan Tuhan Persamaan
masih jelas kelihatan apabila penerimaan tempoh ini barat diterima dengan baik
dan tenang. Golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dan
pegangan kepercayaan yang kuat mengamalkan cara hidup yang lebih bersederhana.
Mereka lebih gemar hidup bersendirian bersama pasangan masing-masing dan
menjalani kehidupan yang tenang. Berdasarkan kajian lepas, didapati terdapat
inidividu yang menanti tempoh masa ini kerana bagi mereka ia merupakan tempoh
masa yang amat berharga untuk dilalui bersama pasangan. Ketika ini, anak-anak
sudah besar dan tanggungjawab mereka sudah agak ringan. Selain itu, mereka juga
suka menghabiskan masa bersama pasangan dengan melancong ke negara lain.
Masalah-masalah yang
timbul berikutan usia yang menuju tua diperhatikan amat dipengaruhi oleh sikap
masyarakat terhadap orang tua. Pandangan bahawa tua adalah tidak berguna, tidak
mempunyai peranan, tidak dapat memberi sumbangan terhadap masyarakat dan
sebagainya harus dikikis. Sebagai individu dewasa pertengahan mereka
sememangnya semakin pasif, rentan terhadap persekitaran, kurang ekstrovert dan
kurang terbuka. Namun, kemampuan daya kognitif yang didasari dengan pelbagai
pengalaman lepas dan pengetahuan yang banyak, menjadikan mereka lebih mudah
bersetuju dan lebih peka terhadap sesuatu isu dan ia memperlihatkan bahawa
mereka masih mempunyai peranan dalam masyarakat. Individu dewasa pertengahan
tidak akan hilang peranan jika mereka tahu menggunakan peranan mereka dalam
konteks sosial. Keadaan tersebut akan lebih jelas lagi jika golongan ini
mempertahankan self-esteem mereka dengan melakukan kegiatan yang dapat
menimbulkan perasaaan bahawa mereka masih lagi berguna.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar